Kopi hijau adalah suplemen yang popular kerana ia membantu mengurangkan berat badan.
Bahan aktif yang bertanggungjawab untuk mengurangkan berat badan dipanggil asid chlorogenic.
Ekstrak kopi hijau kaya dengan asid klorogenik dan teknologi masa sekarang dapat mengekstrak
asid chlorogenik daripada kopi hijau untuk mendapatkan patinya..
PROGRAM Kementerian komunikasi dan multimedia malaysia
KHASIAT
Menurunkan Berat Badan
Penggunaan kopi hijau untuk kurus adalah tarikan utama bagi para pelanggan. Terdapatnya kajian saintifik telah menunjukkan penurunan berat badan selepas menggunakan kopi ini, tetapi saiz sampul adalah kecil dan tidak dapat memberikan bukti yang kukuh. Asid klorogenik berpotensi untuk mengurangkan tahap kolesterol dan lemak badan kita secara minimum dengan mengelakkan penyerapan dan meningkatkan metabolisme di hati. Oleh itu, pengguna haruslah bijak dan tidak bergantung semata-mata atas “green coffee” ini, senaman dan diet turut merupakan unsur yang penting dalam pengawalan berat badan.
★★★★★
Menurunkan
tekanan darah
Melalui pemerhatian kesan asid klorogenik dalam kajian sains, ianya boleh menguatkan efek Nitric Oxide dalam saluran darah. Nitric oxide ini adalah komponen yang boleh mengembangkan saluran darah dan seterusnya mengurangkan tekanan darah. Kopi ini berpotensi untuk membantu pesakit yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, malah juga boleh membantu untuk mencegah individu yang berisiko untuk menghidapi penyakit ini.
★★★★★
Antioksidan
Asid klorogenik dalam kopi hijau ini turut berupaya untuk memerangkap radikel-radikel bebas yang bertaburan dalam badan kita. Radikel ini mampu merosakkan sel-sel, protin atau DNA yang boleh menyebabkan banyak penyakit termasuk kanser. Secara keseluruhan, “green coffee” boleh menambah baik kesihatan dan mungkin dapat mencegah penyakit-penyakit jika kita mengambil dalam kuantiti yang sederhana.
We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. By clicking Accept you consent to our use of cookies. Read about how we use cookies.
Your Cookie Settings
We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. Read about how we use cookies.
Cookie Categories
Essential
These cookies are strictly necessary to provide you with services available through our websites. You cannot refuse these cookies without impacting how our websites function. You can block or delete them by changing your browser settings, as described under the heading "Managing cookies" in the Privacy and Cookies Policy.
Analytics
These cookies collect information that is used in aggregate form to help us understand how our websites are being used or how effective our marketing campaigns are.